Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Masa menunggu kerana masa lengah bas di Putrajaya
Ruslawati Abdul Wahab1, Muhamad Nazri Borhan2, Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat3.
Masa menunggu merupakan masa yang diambil kira dalam anggaran jumlah masa
perjalanan. Masalah menunggu menjadi kurang stabil dan tidak boleh diramalkan
apabila masa ketibaan bas tidak konsisten di hentian. Ini boleh menyebabkan
perkhidmatan bas kurang dipercayai. Kertas ini mengkaji masa menunggu
disebabkan tiga faktor masa lengah yang terhasil iaitu ketidaktepatan masa bas
berlepas, semasa mengambil dan menurunkan penumpang dan halaju bas yang
tidak boleh dikekalkan kerana kesesakan aliran trafik. Kaedah kajian menggunakan
gabungan matematik dan aplikasi reka bentuk pintar, Research Methodology Surface
(RSM) ialah reka bentuk pertama yang mampu menjana nilai masa menunggu
optimum berdasarkan kriteria kekangan masa lengah dan dua masa ketibaan. Hasil
keputusan reka bentuk sasaran interval masa menunggu 0-15 minit memperolehi masa
menunggu optimum bagi laluan L01 ialah 4 minit dan L05 ialah 5.87 minit. Anggaran
masa menunggu yang diperolehi daripada aplikasi pintar ini boleh dijadikan sebagai
ciri utama dalam merekabentuk operasi bas untuk mengatasi masa lengah dan
sekaligus mendapat kebolehpercayaan penumpang.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 161 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|