Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan sudut pusaran terhadap pembentukan emisi menggunakan dwi pemusar udara aliran jejarian
Muhammad Roslan Rahim1, Mohammad Nazri Mohd Jaafar2.
Pembakaran semburan berbahan api cecair menghasilkan NOX, CO dan emisi lain yang
mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Kajian ini dijalankan untuk
menganalisis hasil emisi pembakaran dengan penggunaan pemusar udara aliran jejarian
dwi ganda. Pembakaran berpusaran membantu meningkatkan percampuran bahan api
dan udara bagi menghasilkan nyalaan yang lebih stabil dan cekap. Dalam kajian ini,
pemusar udara lemah, bersudut 30º dijadikan pemusar utama dan pemusar udara kuat
bersudut 40º, 50º dan 60º masing-masing dijadikan sebagai pemusar sekunder. Gabungan
pemusar ini bertindak membantu percampuran bahan api dan udara untuk pembakaran
sempurna. Keputusan menunjukkan gabungan pemusar 30º/60º menghasilkan susuk suhu
yang tinggi, nyalaan yang paling baik, lebih stabil dan pendek berbanding dengan
gabungan lain. Pembentukan emisi NOX untuk gabungan pemusar 30º/60º pada keadaan
stoikiometri adalah 15.6% lebih rendah berbanding gabungan pemusar 30º/40º.
Sementara itu emisi CO menunjukkan pengurangan untuk gabungan pemusar 30º/60º
sebanyak 8.4%. Keputusan ini menunjukkan pemusar dwi ganda membantu
mengurangkan pembentukan emisi sewaktu pembakaran dan menghasilkan satu sistem
pembakaran yang mesra alam.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 148 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|