Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan pembakaran pada keadaan nisbah kesetaraan ΙΈ=0.8333 menggunakan dwi pemusar aliran jejarian
Muhammad Roslan Rahim1, Mohammad Nazri Mohd Jaafar2.
Pembentukan emisi oksida nitrogen (NOX), karbon monoksida (CO) dan emisi-emisi
lain didapati meningkat secara mendadak di ruang atmosfera sejak akhir-akhir ini.
Menyedari isu ini kajian mengenai kaedah pembakaran dengan penggunaan dwi
pemusar udara aliran jejarian dijalankan. Dalam kajian ini pemusar udara lemah,
bersudut 30º digunakan sebagai pemusar utama dan pemusar udara kuat bersudut
40º, 50º dan 60º masing-masing sebagai pemusar sekunder. Gabungan pemusar ini
telah meningkatkan lagi edaran semula dalaman udara panas dan membantu
melengkapkan percampuran bahan api dan udara ketika pembakaran. Keputusan
menunjukkan gabungan pemusar 30º/60º menghasilkan nyalaan yang paling baik,
lebih stabil dan pendek berbanding dangan gabungan lain. Pembentukan emisi NOX
untuk gabungan pemusar 30º/60º adalah 27.3% lebih rendah berbanding gabungan
pemusar 30º/40º. Emisi lain seperti CO, CO2 dan UHC (Hidrokarbon tak terbakar) turut
berkurangan dengan menggunakan gabungan pemusar 30º/60º dengan masingmasing
12.71%,10.6% dan 5.3% dibandingkan dengan emisi dari pemusar 30º/40º.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 158 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|