View Article |
Bahasa juri dalam program mentor legend: satu analisis ragam bahasa Za’ba
Mohd Hazreen Shah Hassan1, Mohd Roslan Rosnon2.
Rancangan realiti TV pada hari ini telah memperkenalkan format penjurian
untuk menilai para pesertanya. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan
bagi meneliti dan menilai penggunaan ragam bahasa oleh juri ketika mereka
mengemukakan pandangan atau kritikan. Oleh itu, kajian ini telah
memfokuskan kepada rancangan realiti TV Mentor Legend 2014-2015. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan sumber data melalui kaedah
pemerhatian tidak turut serta dan kaedah rakaman audio-visual yang telah
ditranskripsi ke dalam bentuk teks perbualan. Analisis kandungan teks telah
digunakan dalam menganalisis data yang diperolehi berpandukan kepada
kerangka konsep ragam bahasa Za’ba bagi membincangkan penggunaan ragam bahasa oleh juri Mentor Legend. Hasil kajian mendapati bahawa dua
belas jenis ragam bahasa yang dijumpai dalam penyataan juri ketika memberi
pandangan atau kritikan. Namun dalam makalah ini hanya membincangkan
enam jenis ragam bahasa yang dominan berdasarkan kepada analisis yang
telah dibuat. Enam jenis ragam bahasa iaitu ragam 1)bahasa melampau,
2)bahasa naik, 3)bahasa menggiat, 4)bahasa berulang, 5)bahasa sindiran dan
6)bahasa bertimbal. Secara kesimpulannya, juri dalam rancangan Mentor
Legend telah menggunakan pelbagai ragam bahasa ketika mengemukakan
pandangan atau kritikannya yang mempunyai fungsinya tersendiri, sama ada
ingin memuji, menasihati, memberi teguran, dan juga memberi saranan.
Justeru, setiap individu perlu mengetahui akan variasi dan ragam bahasa yang
perlu digunakan apabila menyampaikan sesuatu ujaran. Hal ini demikian
kerana pemilihan variasi dan ragam bahasa yang tepat dapat membantu
pendengar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 501 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|