View Article |
Model motivasi kerja guru berdasarkan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi
Mat Zaini Abdullah1, Rafisah Osman2, Fauziah Md. Jaafar3.
Tujuan – Berdasarkan Job Characteristics Theory (JCT), kajian ini
mengkaji kesan langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja
guru dan kesan tak langsung signifikasi tugas terhadap motivasi
kerja guru melalui pengalaman psikologi. Secara khusus, kajian
ini menilai peranan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi
berasaskan rangka kerja pengajaran untuk menerangkan motivasi
kerja guru.
Metodologi – Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai
497 sampel guru dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan
rawak berkelompok daripada populasi guru sekolah menengah
kebangsaan harian biasa di negeri Kedah berjumlah 12,005 orang.
Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang mengandungi 22
item. Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan struktur
dan analisis regresi PROCESS MACRO.
Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan signifikasi tugas dan
pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman
kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan
sebenar hasil kerja) secara signifikan mempengaruhi motivasi kerja
guru. Penilaian keseluruhan model menunjukkan tahap kesepadanan
model adalah munasabah. Dapatan analisis regresi PROCESS MACRO menunjukkan pengalaman psikologi (pengalaman kerja
yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil
kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) merupakan pengantara
separa dalam hubungan signifikasi tugas dengan motivasi kerja
guru. Berbanding pengalaman kerja yang bermakna dan pengalaman
kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja, kesan signifikasi tugas
melalui pengetahuan sebenar hasil kerja terhadap motivasi kerja
guru adalah lebih kuat.
Signifikan – Kajian menghasilkan model yang menunjukkan
kepentingan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi (pengalaman
kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap
hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) sebagai penyumbang
yang signifikan kepada motivasi kerja guru.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 293 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|