View Article |
Peranan keletihan emosi dan penghargaan kendiri berasaskan organisasi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan tingkah laku kerja tidak produktif
Christopher Abas1, Fatimah Omar2, Fatimah Wati Halim3, Sarah Waheeda Muhammad Hafidz4.
Kajian ini bertujuan menguji peranan pengantara keletihan emosi dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi
dan tingkah laku kerja tidak produktif. Selanjutnya, kajian ini juga meneliti peranan penyederhana penghargaan kendiri
berasaskan organisasi (PKBO) dalam hubungan antara persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi. Berasaskan
reka bentuk keratan rentas, sampel kajian ini melibatkan seramai 660 orang pegawai perkhidmatan awam daripada
pelbagai kementerian di Malaysia. Hipotesis diuji dengan menggunakan analisis regresi berhierarki dan bootstrapping.
Keputusan menunjukkan a) persepsi sokongan organisasi dan keletihan emosi mempunyai hubungan signifikan dengan
tingkah laku kerja tidak produktif; b) persepsi sokongan organisasi dan PKBO mempunyai hubungan signifikan dengan
keletihan emosi; c) keletihan emosi merupakan pengantara yang menghubungkan persepsi sokongan organisasi dan
tingkah laku kerja tidak produktif; dan d) PKBO merupakan penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara persepsi
sokongan organisasi dan keletihan emosi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 287 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
5 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.2) |
Rank |
Q3 (Business and International Management) Q3 (Accounting) Q3 (Business, Management and Accounting (miscellaneous)) |
Additional Information |
SJR (0.169) |
|
|
|