View Article |
Bahasa Melayu dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
Mohd Yusof Othman1.
Makalah ini membincangkan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and
Mathematics (STEM)). Tinjauan dibuat secara sepintas lalu terhadap pembangunan
STEM di rantau Melayu, serta kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
menjadi jati diri dan membangunkan peradaban Melayu yang amat bernilai dalam
acuan atau tasawur Islam. Makalah ini turut melihat sejauh manakah keupayaan
bahasa Melayu membangunkan korpus ilmu STEM, dan pengertian sains yang
menjadi teras utama dalam pembangunan STEM. Ternyata, bahasa Melayu bukan
sekadar mampu digunakan dalam pendidikan STEM, malah penggunaan bahasa
Melayu dalam pendidikan STEM akan memastikan sahsiah, keperibadian, jati diri
dan nilai Melayu dipupuk dan dibangunkan seiring dengan pembangunan STEM,
walaupun STEM yang difahami dalam peradaban Barat bersifat sekular, serta
terpisah daripada sistem nilai budaya dan agama.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 170 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|