View Article |
Perubahan bentuk amalan wasiat masyarakat Melayu: kesan kedatangan Islam
Asjad Mohamed1, Jasni Sulong2.
Makalah ini bertujuan mengkaji bentuk amalan wasiat sejak zaman sebelum dan
selepas penjajahan, serta kesannya dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah
Melayu. Selain membongkar sejarah amalan wasiat menurut adat dan perundangan
masyarakat Melayu, makalah ini juga meneliti perubahan dan perkembangan amalan
wasiat selepas kedatangan Islam. Kajian dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan
menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati kedatangan
Islam telah menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan wasiat,
serta menyelesaikan pertelingkahan dan permusuhan dalam kalangan ahli waris.
Kedatangan Islam yang membawa undang-undang pusaka dan wasiat Islam yang
syumul telah meningkatkan kesedaran dan mempengaruhi amalan wasiat dalam
kalangan masyarakat Melayu hingga hari ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 152 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|