View Article |
Tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah: sorotan dari perspektif sejarah dan perundangan
Hamdan Aziz1, Syahrin Said2.
Makalah ini membincangkan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu (Filipina)
terhadap Sabah menurut perspektif sejarah dan perundangan. Tuntutan tersebut
ditimbulkan semula apabila berlakunya peristiwa Lahad Datu yang dicetuskan
oleh pasukan Tentera Diraja Sulu yang ingin menuntut semula Sabah (Borneo
Utara) pada pertengahan Februari 2013. Persoalan asas yang menjadi pertikaian,
adakah Sabah dipajak oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British (SBBUB) ataupun diserahkan secara berkekalan. Pertikaian timbul
apabila Overbeck pada tahun 1878 menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu
untuk menduduki Sabah dengan bayaran tahunan sebanyak 5000 dolar setahun.
Berdasarkan elemen keberkesanan yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa dalam kes tuntutan bertindih Pulau Sipadan-Ligitan yang memberikan
kemenangan kepada Malaysia berbanding dengan Indonesia, Sabah merupakan
milik Malaysia. Beberapa penyataan daripada protokol, perjanjian, pengisytiharan
dan perlembagaan mengesahkan bahawa Sabah dipajak secara berkekalan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 216 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|