View Article |
Keterlibatan pelajar-pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia dalam memangkin aktiviti keagamaan dan sosial bersama masyarakat setempat
Khairunneezam Mohd Noor1, Mohd Asri Husain2, Siti Suriani Othman3, Amin Al Haadi Shafie4, Mahazan Abdul Mutalib5.
Terdapat perbincangan sama ada secara ilmiah mahu pun tidak
mengenai sumbangan dan peranan para pelajar universiti yang
menetap di luar kampus terhadap masyarakat setempat di sekitar
kampus. Untuk itu, Majlis Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif untuk
melihat fenomena sebenar pandangan masyarakat sekitar kampus
terhadap para pelajar USIM yang menetap di luar kampus berkenaan
sumbangan dan keterlibatan mereka dengan masyarakat. Kajian
ini memfokuskan kepada matlamat untuk menganalisis persepsi
masyarakat setempat yang menetap di sekitar kampus USIM terhadap
keterlibatan para pelajar USIM yang menetap di luar kampus dalam
memangkin aktiviti keagamaan dan sosial bersama masyarakat
setempat di luar kampus. Kajian kualitatif melalui kaedah nonprobability
sampling ini menggunakan temubual separa berstruktur dalam kalangan 30 individu yang menetap di sekitar kampus USIM
dan berjiran dengan pelajar USIM. Dapatan temubual direkodkan dan
diproses melalui analisis bertema (thematic analysis) menggunakan
perisian NVivo. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju
bahawa penglibatan pelajar USIM luar kampus dalam aktiviti
keagamaan adalah berkesan. Sebaliknya, mereka kurang bersetuju
bahawa penglibatan para pelajar USIM dalam aktiviti sosial bersama
masyarakat setempat adalah aktif dan memuaskan. Beberapa isu
dan tema perbincangan yang berkaitan dengan kedua-dua dapatan
tersebut juga digagaskan oleh responden kajian ini sebagai ulasan
lanjut. Kajian ini menggagaskan beberapa cadangan untuk lebih
melestarikan hubungan dan keterlibatan para pelajar USIM luar
kampus dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat setempat.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 384 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|