View Article |
Kesan intervensi kaunseling kelompok tingkah laku kognitif (CBT) terhadap mangsa buli
Amin Al Haadi Shafie1, Mohamad Isa Amat2, Khairunnizam Mohd Noor3, Salleh Amat4.
Kesedaran mangsa buli memahami maksud buli, mengapa diri
mereka dibuli, dan kepentingan peningkatan efikasi kendiri didapati
membantu mangsa buli menghadapi fenomena buli. Kajian
eksperimen yang mengaplikasikan kaunseling kelompok terapi
tingkah laku kognitif terhadap pelajar mangsa buli yang telah
dijalankan ini telah menunjukkan kesan positif. Data kualitatif dari
hasil temu bual pra dan pasca, yang menggunakan soal selidik semi
struktur, telah memperlihatkan peningkatan tahap pengetahuan
mengenai buli dan sebab diri mangsa dibuli. Bagi mengukur efikasi
kendiri, skala The Peer Aggression Coping Self Efficacy Scale
(PACSES) telah diterjemah dan digunakan pada peringkat pra dan
pasca temu bual. Kajian mendapati terdapat peningkatan efikasi
kendiri dalam kalangan responden yang telah mengikuti kaunseling
kelompok tingkahlaku kognitif. Kajian ini telah menunjukkan
penggunaan terapi tingkah laku kognitif yang memfokuskan kepada
bidang pengetahuan tentang buli, memahami sebab diri dibuli dan
efikasi kendiri oleh kaunselor sekolah untuk membantu mangsa
buli, dan dapat memperkasakan diri mangsa buli dalam menghadapi
situasi buli.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 451 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|