View Article |
Hubungan tarikan penampilan dan personaliti dengan kecenderungan membisu dalam kalangan pekerja Malaysia di organisasi Jerman
Robeāah Yusuf1, Ezhar Tamam2, Jusang Bolong3, Mohd Nizam Osman4.
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara tarikan
penampilan dan personaliti dengan perilaku membisu subordinat
dalam organisasi multinasional. Subordinat merupakan rakyat
Malaysia dan superior adalah ketua terdekat berbangsa Jerman.
Responden terdiri daripada 360 orang subordinat yang terdiri
daripada pelbagai jawatan yang melapor kepada superior iaitu ketua
terdekat berbangsa Jerman. Tarikan penampilan diukur berdasarkan
instrumen The Measurement of Interpersonal Attraction and
Homophily. Manakala perilaku membisu diukur berdasarkan model
Dinamika Organisasi Membisu. Personaliti responden diukur
berdasarkan The Measurement of Personality and Characteristics
untuk membezakan personaliti introvert dan ekstrovert. Dapatan
kajian rintis menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbach bagi tarikan
penampilan adalah .80, personaliti .78 dan .88 bagi perilaku membisu.
Analisis statistik deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan serta
statistik inferensi dalam bentuk pekali Korelasi Pearson digunakan
untuk menguji hipotesis kajian pada aras signifikan .05. Dapatan
menunjukkan tarikan penampilan superior boleh mempengaruhi
komunikasi subordinat-superior. Keputusan menunjukkan subordinat
berpersonaliti ekstrovert mempunyai persepsi tahap sederhana menerusi tarikan penampilan superior. Dapatan perilaku membisu
menunjukkan bahawa subordinat introvert cenderung menunjukkan
perilaku membisu terhadap superior dalam pelbagai situasi. Hal ini
boleh dikenal pasti pada hasil ujian-t sampel bebas bagi perilaku
membisu (t (358) = 2.69, p < 0.05). Situasi ini bermaksud, subordinat
introvert lebih cenderung berperilaku membisu berbanding dengan
subordinat ekstrovert.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 318 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|