Pemikiran tasawuf dan kehidupan kerohanian menurut Abu Hasan Ali al-Nadwi (1914-1999): satu analisis
Mohd Rumaizuddin Ghazali1.
Artikel nembicarakan mengenai pemikiran tasawuf dan kehidupan
kerohanian menurut Abu Hasan Ali al-Nadwi. Al-Nadwi mengakui
kepentingan penyucian jiwa bagi setiap orang mukmin dan kehidupan
kerohanian dapat menyuburkan semangat jihad, gigih dalam
berdakwah dan rindukan syahid. Bagi beliau, istilah tasawuf tidak
penting asalkan isi dari tasawuf iaitu penyucian diamalkan dalam
kehidupan orang Islam. Orang-orang sufi telah memberi sumbangan
besar dalam penyebaran Islam dan dakwah. Al-Nadwi menggunakan
kalimah kehidupan rabbaniah, fiqh al-Batin atau ihsan dan tazkiyyah
al-Nafs untuk menggambarkan kehidupan tasawuf kerana istilah
tasawuf menjadi pertikaian di kalangan sesetengah orang Islam.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 491 time(s))