View Article |
Penggunaan kepakaran staf dan kaitannya dengan kepuasan kerja di Universiti Sains Islam Malaysia
Khairunneezam Mohd Noor1, Nor Azzah Momin2, Hafizah Marzuki3, Wan Fauriah Wan Samad4, Zuraida Zakaria5, Mohd. Helmi Masor@Mansor6.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungkait antara
penggunaan kepakaran staf dengan kepuasan bekerja dalam kalangan
pegawai pentadbiran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Borang soal selidik yang mengandungi instrumen pengukuran
persepsi terhadap tahap kepuasan kerja staf, pengukuran persepsi
terhadap tahap penggunaan kepakaran staf dan maklumat demografi
staf telah diedarkan kepada 180 orang staf pentadbiran di USIM
menerusi aplikasi Google Docs. Seramai 91 responden (50.6%
daripada keseluruhan populasi pegawai pentadbir) telah memberikan
maklum balas terhadap soal-selidik yang dijalankan. Analisis data
kajian dibuat menggunakan perisian SPSS termasuklah analisis
deskriptif dan kolerasi. Hasil kajian dibincangkan secara terperinci
dalam artikel ini berserta perbandingannya dengan kajian-kajian
lepas. Kajian ini penting sebagai suatu indikator indeks kepuasan bekerja staf pentadbiran USIM serta menjadi panduan kepada
pihak pengurusan universiti khususnya USIM untuk melaksanakan
pengagihan tugas yang berkesan dalam usaha melahirkan modal
insan yang cemerlang dalam kalangan staf pentadbirannya.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 399 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|