View Article |
Literasi dalam memperolehi hiburan bermaklumat: kajian dalam kalangan remaja di Malaysia
Norazimah Abd Rashid1, Liana Mat Nayan2, Aruna Raj Devarajoo3.
Pembangunan industri media dan penggunaan media berkembang
dengan hebatnya di negara ini. Walaupun pembangunan ini
menjadikan kehidupan kita lebih sofistikated, ia telah menimbulkan
banyak perkara mengenai impak industri media ke atas masayarakat.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi media di
kalangan remaja-remaja di Malaysia. Model literasi media telah
digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan
remaja yang berumur 15-17 tahun. Bagi mencapai tujuan tersebut
temubual mendalam kumpulan fokus telah dipilih bagi memperolehi
data yang diperlukan. Informan yang terlibat mewakili tiga
kumpulan etnik yang utama. Media yang dikaji adalah televisyen,
radio, akhbar, majalah dan Internet. Hasil kajian mendapati tahap
literasi media di kalangan remaja di Malaysia masih berada di tahap
yang rendah. Perbezaan juga berlaku di antara remaja yang tinggal di
bandar dan mereka yang tinggal di luar bandar. Perbezaan ini adalah
disebabkan mereka yang tinggal dibandar mempunyai kemudahan
dan persekitaran kehidupan yang lebih baik. Mereka juga menikmati
kehidupan sosial yang lebih baik, walau pun taraf hidup di bandar
adalah lebih tinggi. Dalam erti kata lain, remaja yang tinggal di
bandar mempunyai tahap literasi media yang lebih baik berbanding
remaja yang tinggal di luar bandar. Kajian ini menentukan bahawa
terdapat keperluan untuk memperkenalkan satu subjek mengenai
pendidikan media di sekolah-sekolah menengah di Malaysia agar
remaja dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran literasi media yang
sepatutnya.
Affiliation:
- Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia
- Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia
- Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 394 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|