View Article |
Ke arah guru pendidikan Islam sebagai pemikir kritis
Nursafra Mohd Zhaffar1, Mohd Isa Hamzah2, Khadijah Abd Razak3, Wan Ali Akbar Wan Abdullah4.
Pengajaran Pendidikan Islam (PI) penting untuk diterapkan bersama kemahiran berfikir supaya murid berupaya mentafsir prinsip ajaran Islam ke dalam konteks kehidupan harian. Namun, pelaksanaan pengajaran PI sekolah menengah didapati kurang merangsang daya fikir murid. Keupayaan Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai pemikir kritis perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana GPI yang berfikiran kritis lebih mudah menggilap kemahiran berfikir muridnya. Usaha membangunkan GPI kritis ini menuntut masa, tenaga dan kerjasama yang sistematik dan berterusan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk hasil artikel ini diketengahkan. Melalui metodologi analisis kandungan daripada kajian-kajian lepas berkaitan faktor pembangunan GPI kritis, kajian mendapati terdapat dua faktor utama iaitu melibatkan faktor personal dan faktor luaran. Faktor-faktor ini dikupas berdasarkan Teori Pendidikan Ibn Khaldun dan Model Pengajaran dan Pembelajaran Dunkin dan Biddle. Artikel ini diharap menyumbang kepada pembangunan kualiti pemikiran kritis GPI sama ada inisiatif secara individu mahupun di peringkat lebih tinggi supaya perancangan boleh dirangka bagi menjayakan pengajaran PI yang berkesan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- SMK Undang Jelebu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 392 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|