View Article |
Aplikasi penderiaan jauh atau remote sensing dalam pemodelan pengaruh iklim terhadap taburan burung hijrah di Hutan Paya Laut Matang, Perak
Azimah Abd Rahman1.
Perubahan iklim terutamanya suhu dan taburan hujan mempengaruhi pemilihan habitat bagi burung hijrah di kawasan paya bakau untuk mendapatkan makanan dan ruang rehat sementara. Peningkatan dan penurunan suhu serta taburan hujan adalah berbeza-beza di antara kawasan hulu ke muara sungai. Kajian ini dilakukan bagi membuktikan suhu dan taburan hujan adalah tidak sekata bagi sesuatu kawasan walaupun berada pada sempadan sama yang secara tidak langsung memberi impak kepada pemilihan habitat burung hijrah. Tumpuan kajian adalah di sekitar kawasan Hutan Paya Laut Matang, Perak yang menjadi tumpuan burung berhijrah. Aplikasi Penderiaan Jauh digunakan dalam kajian ini melalui penggunaan perisian ERDAS Imagine 8.5 yang berasaskan piksel. Aplikasi ini membantu memodelkan hubungan antara iklim iaitu suhu dan taburan hujan dengan kepadatan taburan burung hijrah sekitar kawasan kajian. Pemodelan iklim dilakukan untuk meramalkan keadaan taburan populasi burung hijrah pada masa akan datang akibat perubahan suhu dan taburan hujan bagi tempoh 5 tahun dan 20 tahun akan datang. Hasil kajian ini menunjukkan penurunan populasi burung hijrah sebanyak 6.4 % bagi tempoh 5 tahun dan semakin menurun kepada 7.5% bagi tempoh 20 tahun akan datang. Sungai Sepetang dan Sungai Selinsing menunjukkan penurunan populasi burung hijrah secara berterusan selepas 20 tahun. Namun begitu kawasan Sangga Besar, Teluk Kertang, Temerlok, Pulau Pasir Hitam dan Sungai Tinggi menunjukkan peningkatan kedatangan burung hijrah selepas 20 tahun. Maklumat analisis kajian ini membantu agensi yang berkaitan dalam mengurus dan memelihara kawasan sekitar Hutan Paya Laut Matang yang dikenalpasti berpotensi menjadi habitat burung hijrah pada masa akan datang. Selain itu, melalui kajian ini pemantauan burung hijrah dapat dilakukan secara bersistematik pada skop kawasan yang lebih luas tanpa mengabaikan kawasan yang berupaya menjadi lokasi habitat alternatif bagi burung hijrah pada masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 329 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|