View Article |
Dialog peradaban dan falsafah Pendidikan Islam: implimentasi dalam kurikulum dan kokurikulum subjek umum Fakulti Tamadun Islam, UTM
Aminudin Hehsan1, Zulkiflee Haron2, Mohd. Nasir Ripin3, Yusuf Abdul Azeez4, Shahrel Ahmad Shuhel Ahmad5.
Dialog peradaban bukanlah istilah baru dalam dunia peradaban manusia, malahan aplikasinya dalam kehidupan manusia bermula serentak dengan kewujudan manusia di bumi ini. Ia menjadi satu wadah untuk menerapkan nilai-nilai persefahaman dan interaksi positif antara dua hala, berkongsi perspektif bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek, bertoleran, kerjasama yang disepakati, bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran. Natijahnya, mampu membawa kepada keadaaan semua pihak dapat mengambil manfaat atau dikenali dengan win-win situation. Pendidikan Islam pula sebagai proses melatih dan mendidik serta membentuk tabiat dan sikap seseorang manusia. Bertujuan membina keperibadian yang sempurna dalam berbagai aspek kehidupan samada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial. Ia perlu dibangun berdasarkan nilai-nilai Islamiah dan perlu ada kesejajaran antara kurikulum dengan ajaran Islam itu sendiri. Hasilnya, maka terbentuklah kurikulum yang sesuai dengan fitrah manusia, bersesuaian dengan setiap peringkat umur dan tuntutan perkembangan semasa bagi melahirkan institusi masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, pendidikan dan permasalahan masyarakat merupakan dua elemen yang sangat berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan serta mempunyai matlamat yang menyeluruh dan sejajar dengan situasi sejagat. Jika dilaksanakan secara berkesan ia dapat bertindak sebagai sebuah agen untuk mengekal dan menyebarkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan serta pembangunan semasa. Dalam konteks masyarakat pelajar di institusi pengajian tinggi sebagai cerminan masyarakat Malaysia, malah mereka sebagai pewaris pemimpin negara dan pemacu masyarakat maju. Bagaimana keadaannya jika berlaku polarisasi kaum, konflik senyap berbagai kaum dan etnik, hubungan yang renggang antara agama dan bangsa dalam kalangan pelajar yang selayaknya diharapkan. Salah satu pendekatan bagi menangani konflik dan polarisasi kaum dalam kalangan pelajar maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan pelajar Universiti Awam (UA) mahupun Universiti Swasta (US) mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kenegaraan dan Hubungan Etnik sebagai satu persiapan ke arah masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain melalui medium pendidikan dan dialog antara peradaban. Satu kajian menganalisis pendapat pelajar tentang gaya pengajaran dan pembelajaran subjek TITAS telah dilaksanakan di UTM. Selain itu, menganalisis hasil penilaian berdasarkan empat elemen TITAS, iaitu tugasan kumpulan (20%), pembentangan (10%), ujian atau kuiz (20%) dan e-learning atau kemahiran generik (10%). Dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 untuk Windows. Hasil kajian dan dapatan telah menjelaskan nilai min (purata) yang berada dalam tahap sangat tinggi atau sangat positif (>4.00) di peringkat analisis dapatan gaya pengajaran dan pembelajaran TITAS dan analisis dapatan penilaian empat elemen TITAS. Kesimpulannya, elemen dialog peradaban yang telah diserapkan dalam setiap elemen dalam pelaksanaan subjek TITAS memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk sikap bertoleransi di antara kaum di Malaysia ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 361 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|