View Article |
Pengetahuan guru Pendidikan Islam prasekolah dalam rangka pembangunan tamadun ummah
Sofiah Mohamed1, Kamarul Azmi Jasmi2.
Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan guru Pendidikan Islam prasekolah mengenai perkembangan kanak-kanak prasekolah dan mengenal pasti cara pelaksanaan pengetahuan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan teknik pengumpulan data utama kaedah pemerhatian. Data pemerhatian ini pula ditriangulasikan dengan data temu bual dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian menggunakan pensampelan bertujuan dengan ciri pemilihan mereka yang berpengalaman mengajar prasekolah melebihi tiga tahun, telah mengikuti kursus dan latihan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bersedia secara sukarela untuk menjadi peserta kajian. Hasil dapatan mendapati bahawa peserta kajian mendapat sumber pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak prasekolah melalui kursus, latihan dan pengalaman. Mereka telah mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Peserta kajian juga dapat melaksanakan pengetahuannya bertepatan dengan tujuan pendidikan prasekolah. Dapatan data menghasilkan Model Pengetahuan Guru Prasekolah yang dicadangkan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Badan Swasta, guru-guru, dan ibu bapa dalam rangka usaha pendidikan kanak-kanak di prasekolah.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 342 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|