View Article |
Sumbangan teknologi hijau dalam ketamadunan Islam
Norizan Hassan1, Hussin Salamon2, Hasimah Abdul Rahman3.
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta meminimumkan kesan negatif terhadap aktiviti manusia. Elemen positif dalam teknologi hijau harus difokuskan kepada unsur-unsur yang memberikan manfaat kepada alam sekitar. Akan tetapi sebaliknya telah berlaku. Aktiviti manusia yang rakus telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan negatif kepada bumi seperti perubahan iklim, pemanasan global dan pencemaran. Ini adalah disebabkan manusia telah hilang nilai-nilai Islam dalam diri. Sehubungan dengan itu, bagaimana teknologi hijau dapat memberi sumbangan dalam ketamadunan Islam dan menggambarkan Islam itu secara menyeluruh dibincangkan dalam kajian ini. Objektif kajian ini ialah menganalisis bagaimana bidang ilmu teknologi hijau dapat menyumbang dalam ketamadunan Islam dan memberi gambaran satu bidang ilmu yang penuh dengan ciri-ciri yang disyariatkan dalam Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana sumber maklumat daripada jurnal artikel, buku dan data dalam talian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa bidang teknologi hijau mampu menyumbang kepada ketamadunan Islam dan mengambarkan bahawa bidang ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri yang disyariatkan dalam Islam seperti wujud unsur-unsur penjagaan alam sekitar, penjimatan tenaga dan kesedaran melestarikan alam sekitar. Bidang ini juga telah memberi sumbangan dari segi pemeliharaan alam sekitar serta mengembalikan ketamadunan manusia yang semakin tandus akibat kerakusan dengan harta dunia. Ilmu teknologi hijau juga dapat memberi ruang kepada Muslim untuk meneroka bidang ini dengan berilmukan al-Quran dan as-Sunnah dan seterusnya dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar yang menghasilkan manfaat kepada generasi masa kini dan masa depan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 554 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|