View Article |
Pemindahan hak milik dalam instrumen al-ijarah thumma al-bay’ (AITAB) di Malaysia
Hakimah Muhammad Zin1, Hussin Salamon2, Nurdianawati Irwani Abdullah3.
Pemindahan hak milik di akhir tempoh sewaan merupakan salah satu elemen penting dalam struktur al-ijarah thumma al-bay’ (AITAB). Dalam struktur AITAB, hak milik dipindahkan daripada pemilik kepada penyewa melalui pelaksanaan kontrak jualan setelah tempoh sewaan berakhir. Pelaksanaan kontrak jualan tersebut mestilah mematuhi kehendak Syariah. Walau bagaimanapun kerangka perundangan sistem kewangan Islam di Malaysia yang tertakluk kepada undang-undang sivil; serta ketiadaan rangka perundangan Shariah yang komprehensif untuk mengawal selia transaksi AITAB telah menyebabkan amalan AITAB di Malaysia masih tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967. Oleh itu kajian ini ingin mengenal pasti isu-isu Syariah dan perundangan yang mungkin timbul dalam pelaksanaan pemindahan hak milik dalam instrumen AITAB sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Kajian ini juga ingin menentukan sejauh manakah Akta tersebut sesuai untuk mengawal selia dan menguatkuasakan kehendak Syariah dalam pelaksanaan pemindahan hak milik dalam transaksi AITAB. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen. Dalam penganalisaan data, kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Ia menganalisis kehendak Syariah berkaitan pemindahan hak milik dan membandingkannya dengan Akta Sewa Beli 1967. Kajian ini juga menganalisis amalan pemindahan hak milik dalam transaksi AITAB di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan Akta Sewa Beli 1967 mempunyai kelemahan untuk mengawal selia dan menguatkuasakan kehendak Syariah berkaitan pemindahan hak milik dalam AITAB. Oleh itu pelaksanaan pemindahan hak milik dalam AITAB walaupun memenuhi kehendak Syariah, masih menghadapi isu perundangan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 367 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|