View Article |
Strategi menangani kemelut golongan anti hadis (GAH)
Mohd Al’Ikhsan Ghazali1, Siti Salwa Md. Sawari2, Muhaidi Mustaffa Al-Hafiz3, Mohd Hambali Rashid4.
Penyebaran pemikiran anti hadis di Malaysia kini semakin membimbangkan. Sektor pendidikan juga turut terkesan daripada bahang pemikiran sesat ini. Umat Islam sepatutnya menyedari bahawa pemikiran ini telah cuba merosak Islam secara keseluruhannya. Mereka telah berjaya melatih kader-kader di kalangan cendekiawan Islam sendiri dalam usaha merealisasikan pemikiran mereka. Demi menjaga kesucian Islam, pemikiran anti hadis ini haruslah di hapuskan. Oleh itu tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian yang telah diamalkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Metode kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan oleh pengkaji bagi menyelesaikan permasalahan kajian ini. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menemui pelbagai langkah-langkah pembanterasan dan penyelesaian bagi kemelut pemikiran anti hadis yang mana telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan masyarakat sendiri. Dapatan daripada kajian boleh menjadi garis panduan dalam memaksimumkan pembanterasan kemelut Golongan Anti Hadis daripada tersebar luar. Bukan itu sahaja kajian ini di harapkan dapat membantu para ahli akademik untuk mengenalpasti kesan-kesan penyelesain yang telah terlaksana.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 407 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|