View Article |
Pelaksanaan organisasi dan aktiviti Islam Hadhari di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : satu pengamatan awal
Abd. Ghafar Surip1, Badlihisham Mohd Nasir2, Ahmad Syukran Baharuddin3.
Islam hadhari adalah satu lagi polisi Islam yang ditubuhkan setelah penerapan nilai-nilai Islam yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi setelah memenangi Pilihanraya Umum 2004 di Malaysia. Ia adalah suatu pendekatan menyeluruh kepada pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia berdasarkan kepada perpektif ketamadunan Islam. Bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan menggariskan 10 prinsip asas yang dianggap sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia. Sejak pelancaran Islam Hadhari ini kerajaan telah berusaha keras untuk mempromosikan dan melaksanakan aktiviti Islam Hadhari ini ke seluruh negara. Bagi tujuan ini, JAKIM sebagai agensi agama di Peringkat Persekutuan telah diamanahkan untuk menyelaraskan keseluruhan aktiviti berkaitan pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Artikel ini cuba melakukan pengamatan terhadap pembangunan organisasi dan umumnya menilai pelaksanaan struktur organisasi di JAKIM dalam usaha menggerakkan Islam Hadhari yang dibentuknya telah meliputi kedua-dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa masalah kerana organisasi Islam Hadhari pada asasnya berada dalam keadaan rendah berbanding organisasi lain di samping ia sekadar menumpang di organisasi di organisasi sedia ada samada samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Ini menyebabkan pelaksanaan aktivitinya tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, ia tidak lebih dari retorik politik yang mengulangi aktiviti rutin dalam bentuk ceramah dan penerbitan risalah berbanding aktiviti khusus membina generasi yang gemilang.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 322 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|