View Article |
Hak asasi non Muslim di Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Islam
Khairul Azhar bin Meerangani1, Rushdi bin Ramli2.
Isu hak asasi manusia sering menjadi pertikaian dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya apabila menyentuh perkara sensitif berkaitan dengan kebebasan beragama. Pelbagai persepsi dan pandangan telah dikemukakan dalam mengetengahkan konsep sebenar hak asasi manusia berdasarkan penilaian mereka sendiri. Di Malaysia, pertikaian hangat antara masyarakat muslim dan non muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama rasmi dapat melunaskan keperluan hak asasi manusia bagi semua pihak. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis dua isu utama yang sering dibangkitkan oleh golongan non muslim iaitu berkaitan kebebasan penyebaran serta penukaran agama selain Islam di Malaysia. Hal ini bagi menentukan dakwaan dan persepsi yang sering ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung isu ini mempunyai asas dalam aspek perlembagaan dan prinsip-prinsip Islam. Kajian mendapati bahawa peruntukan hak-hak tersebut sememangnya menepati kandungan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Islam namun sering disalah tafsir hasil eksploitasi isu oleh pihak tertentu di samping kelemahan pelaksanaan oleh pihak bertanggungjawab.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 352 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|