View Article |
Niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan keusahawanan: perkaitan antara faktor
Nan Zakiah Megat Ibrahim1, Che Su Mustaffa2, Mohd Khairie Ahmad3.
Faktor niat keinginan merupakan faktor yang menyumbang kepada penyertaan dalam latihan. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa masih kurang kajian yang membuktikan bahawa niat dan keinginan menjadi faktor penyumbang kepada penyertaan, Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada peserta latihan keusahawanan ICT yang dianjurkan oleh pihak MARA di Terengganu. Seramai 373 responden yang terlibat bagi tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan. Secara keseluruhannya kajian menyumbang kepada bidang komunikasi melalui pembentukan pemboleh ubah yang lebih komprehensif berkaitan dengan penyertaan dalam latihan dan membantu memperkembangkan lagi teori dengan kepelbagaian isu berkaitan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 301 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|