View Article |
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik amalan belajar pelajar berpencapaian rendah sekolah berasrama penuh
Norlia Harun1, Faizah A. Ghani2.
Soal Selidik Amalan Belajar dibina bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku amalan adab belajar dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh berpencapaian rendah. Soal selidik ini dibina berasaskan Teori Perancangan Tingkah Laku oleh Ajzen (1991) dan adab belajar oleh Imam Syafie dan Imam alGhazali. Kajian ini dijalankan untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik menggunakan reka bentuk deskriptif. Seramai tiga orang pakar telah terlibat bagi melakukan kesahan soal selidik manakala seramai 90 orang pelajar yang dipilih secara rawak berkumpulan telah terlibat dalam menguji kebolehpercayaan soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan bahawa, nilai kesahan soal selidik adalah tinggi dengan peratus persetujuan pakar sebanyak 92.2% manakala nilai kebolehpercayaan item dan individu berdasarkan analisis RASCH yang diperoleh ialah .98 dan .88. Oleh itu, soal selidik yang dibina didapati mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta bersesuaian digunakan oleh para kaunselor sekolah berasrama penuh mahu pun pengkaji lain bagi mengukur tahap sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku amalan adab belajar dalam kalangan pelajar terhadap.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 410 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|