View Article |
Gaya tingkahlaku humor dalam kalangan pelajar pasca ijazah fakulti pengurusan
Mohammad Saipol Mohd Sukor1.
Humor merupakan elemen yang tidak asing dalam komunikasi dan tingkahlaku harian pelajar. Disebalik sokongan kajian-kajian lepas mengenai kelebihan humor terhadap kesejahteraan hidup pelajar, terdapat jurang kajian yang mengenalpasti perbezaan gaya tingkahlaku humor berdasarkan faktor demografi, khususnya dalam kalangan pelajar pasca ijazah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap dan perbezaan gaya tingkahlaku humor berdasarkan faktor demografi. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 108 orang pelajar pasca ijazah di Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjadi sampel kajian. Alat ukur yang digunakan untuk mengukur gaya tingkahlaku humor ialah Humor Styles Questionnaire (HSQ). Hasil kajian mendapati humor afiliatif adalah yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar pasca ijazah di Fakulti Pengurusan. Kemudian diikuti dengan humor self-enhancing dan humor self-defeating. Manakala humor agresif adalah yang paling kurang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kajian ini mendapati humor afiliatif berbeza berdasarkan kewarganegaraan pelajar. Manakala humor agresif berbeza berdasarkan jantina pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan maklumat mengenai faktor demografi yang menjelaskan perbezaan gaya tingkahlaku humor dalam kalangan pelajar. Ianya merupakan suatu nilai tambah yang penting dalam usaha menggalakkan humor dalam kalangan pelajar dan membina suasana pembelajaran yang lebih ceria dan positif.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 301 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|