Kesan 'Mozart' dan teknik PCRPP dalam pembelajaran penulisan karangan naratif
Abdul Matiin Kassim1.
Pelajar sering menghadapi kesukaran semasa hendak memulakan penulisan karangan naratif. Hal ini berlaku kerana mereka kurang arif tentang teknik penulisan. Tambahan pula, tahap minat yang rendah terhadap penulisan juga menghambat pelajar untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan. Justeru, kajian ini menggunakan Kesan ‘Mozart’ untuk menzahirkan motivasi dalam kalangan pelajar semasa mengikuti pembelajaran penulisan karangan naratif. Pelajar dilibatkan dalam aktiviti menyanyi sambil memahami teknik PCRPP. Secara tidak langsung aktiviti nyanyian juga membantu pelajar untuk memanfaatkan lirik-lirik lagu bagi menghasilkan penulisan naratif yang bersifat kreatif. Teknik PCRPP membantu pelajar menjana idea dan mengaitkan lirik lagu dengan jalan cerita yang bakal ditulis. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kesan ‘Mozart’ dan teknik PCRPP membantu pelajar menghasilkan bahagian pendahuluan, isi dan penutup karangan naratif yang kreatif.
Affiliation:
- Sekolah Menengah Changkat Changi, Singapore
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 305 time(s))