View Article |
Pengajaran dan pembelajaran mass-media di IPTA Thailand : satu peluang kerjaya bagi mahasiswa
Djusmalinar1.
Pengajaran Bahasa Melayu (BM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Selatan Thailand telah bermula semenjak tahun 1982, khasnya di University Prince of Songkla. Berdasarkan kurikulum yang dirancangkan, pada peringkat awal, para graduan hanya disiapkan untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai guru mata pelajaran BM. Semenjak tahun 2007, objektif kurikulum tersebut menerima perubahan berdasarkan perkembangan teknologi maklumat dengan menyenaraikan beberapa kursus yang ada kaitan dengan mass-media atau media massa. Kajian ini difokuskan pada kursus mass-media kerana dalam tempoh sepuluh tahun pertama (2007-2017) dilaksanakan, didapati ramai pelajar yang berminat mengikuti kursus ini. Hasil pembelajaran dan pengajaran kursus juga telah dinilai oleh pelajar sendiri melalui sistem dalam talian yang disediakan melalui https://mis1.pn.psu.ac.th/neomis/eval/eval_main.php?sp_lec=yes. Hasil penilaian tersebut seterusnya dijadikan data kajian untuk merumuskan pembelajaran BM yang berkesan di peringkat IPTA, Thailand. Dapatan kajian menunjukkan bahawa medium yang digunakan pelajar mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah praktikal atau latihan kerja dan aras pembelajaran yang berkesan memberi peluang kepada pelajar untuk berani turun ke lapangan menghadapi cabaran dunia nyata dalam beberapa jenis kerjaya; sama ada sebagai juruhebah, wartawan atau pemberita mahupun sebagai penterjemah dan seumpamanya
Affiliation:
- Prince of Songkla University, Thailand
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 305 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|