Simbol tumbuhan dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata
Eizah Mat Hussain1, Nurhamizah Hashim2, Nur Yuhanis Mohd Nasir3.
Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Dalam penciptaan pantun, masyarakat Melayu akan menggunakan simbol-simbol yang berada di sekeliling mereka. Salah satu simbol yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu ialah simbol alam, iaitu tumbuhan yang merupakan unsur terpenting dalam binaan pantun. Salah satu prinsip estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu ‘dunia luas yang dipadatkan’ digunakan untuk membincangkan simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Oleh yang demikian, objektif makalah ini untuk melihat sejauh mana prinsip ‘dunia luas yang dipadatkan’ sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Selain itu, tujuan makalah untuk menganalisis simbol tumbuhan dalam pantun. Buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah terbitan Yayasan Karyawan telah dipilih sebagai bahan kajian. Dapat kajian mendapati masyarakat Melayu mengungkapkan simbol tumbuhan yang terpilih dalam pantun dikaitkan persamaan dengan kelakukan manusia.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 343 time(s))