Nilai pendidikan dalam Tangon-tangon masyarakat Kadazandusun
Florina Jumil1, Norjietta Julita Taisin2.
Masyarakat Kadazandusun merupakan kaum peribumi asli terbesar di Sabah yang sungguh kaya dengan khazanah berbentuk sastera lisan. Tangon-tangon ataupun lebih dikenali sebagai cerita rakyat merupakan salah satu sastera lisan yang mempunyai fungsi universal kerana peranannya sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian khasnya dalam mendidik anak-anak. Maka kajian ini diketengahkan untuk mengenal pasti nilai pendidikan yang terdapat dalam beberapa tangon-tangon Kadazandusun. Teori Pendekatan Moral M.Atar Semi (1993) dijadikan landasan utama manakala Teori Formalistik sebagai teori sokongan pengkaji. Pengaplikasian kaedah analisis teks ‘Himpunan Cerita Kadazandusun’ dan kajian kepustakaan juga telah digunakan. Kajian mendapati bahawa terdapat banyak nilai pendidikan yang terdapat dalam tangon-tangon yang mampu membentuk karakter seseorang pembaca terutama kanak-kanak. Implikasinya, kajian ini menjadi pemangkin dalam mendidik para pembaca berfikir lebih kritis dan kreatif.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 329 time(s))