Sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
Nancy Ngumbang1, Zamri Mahamod2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Socio-educational oleh Gardner (1985). Sikap ditinjau daripada aspek sikap terhadap penutur Bahasa Melayu, sikap integratif terhadap Bahasa Melayu dan minat terhadap Bahasa Melayu. Motivasi pula ditinjau daripada aspek motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dalam mempelajari Bahasa Melayu. Kajian berbentuk tinjauan ini telah dibuat terhadap 242 orang murid tingkatan 4 dan 5 di dua buah sekolah menengah di daerah Matu dan Daro, Sarawak sebagai responden kajian. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah tinggi. Murid-murid Melanau ini mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka juga berminat mempelajari Bahasa Melayu, manakala motivasi mereka ketika belajar Bahasa Melayu juga adalah tinggi. Implikasi kajian ini ialah mata pelajaran Bahasa Melayu diakui penting oleh murid-murid Melanau ini sebagai bahasa ilmu, bahasa kebangsaan dan perpaduan negara Malaysia
Affiliation:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 335 time(s))