View Article |
Keberkesanan kaedah pengajaran bersama dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan murid tingkatan 4
Nor Azimah Ariffin1, Dahlia Janan2.
Kaedah pengajaran yang berbeza memberi kesan yang berbeza kepada pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini meneliti kesan penggunaan kaedah pengajaran bersama dalam pengajaran dan pembelajaran karangan terhadap murid tingkatan empat. Kaedah pengajaran bersama merupakan kaedah yang dijalankan secara bersama, iaitu dua atau lebih pendidik bekerja dengan kumpulan pelajar yang heterogen di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan dan kaedah pengajaran bersama bagi kumpulan rawatan. Dalam kumpulan rawatan sebanyak tujuh daripada 12 elemen yang terkandung dalam kaedah pengajaran bersama ini akan digabungjalinkan sebagai asas kajian untuk melihat kesan kaedah pengajaran bersama terhadap pencapaian murid. Data pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak iaitu, seramai 25 orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel untuk kumpulan rawatan dan 25 orang murid bagi kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan markah ujian Pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selain itu, perbezaan ini juga menunjukkan peningkatan markah kumpulan rawatan yang menjalani kaedah pengajaran bersama lebih baik daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini memberikan murid dan guru ruang menggunakan kaedah pengajaran karangan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif yang diingini.
Affiliation:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 334 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|