View Article |
Pelaksanaan literasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran
Nur Idayu Yusi1.
Penguasaan kemahiran abad ke-21 merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan Singapura bagi mempersiapkan diri murid-murid bersaing secara global pada masa hadapan. Kemahiran menginterpretasi bahan visual merupakan salah satu kemahiran dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh murid kerana mereka terdedah kepada bahan-bahan visual dan imejan-imejan dalam kehidupan seharian. Satu uji cuba dan Kajian Pembelajaran telah dijalankan untuk menilai keberkesanan pengajaran bahasa berasaskan Literasi Visual. Satu pelajaran kefahaman yang menggunakan bahan visual ‘Garis Waktu’ (Timeline) telah dijalankan bagi murid Darjah 3 dan 1 pelajaran peribahasa yang menggunakan bahan visual kartun telah dijalankan dalam uji cuba dan kajian pembelajaran ini bagi Darjah 5. Strategi Pengajaran Secara Eksplisit telah digunakan dalam menjalankan sesi pengajaran ini. Dapatan dari data-data yang mengukur kepuasan dan keupayaan mengikuti sesi pengajaran ini menunjukkan bahawa 90% daripada murid dapat mengikuti dan memahami pengajaran yang disampaikan sementara data-data yang berkaitan dengan keupayaan menginterpretasi bahan visual dan menjawab soalan-soalan menunjukkan bahawa hanya 70% sahaja murid yang dapat menginterpretasi dan memahami bahan visual. Walau bagaimanapun, masih banyak yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kemahiran literasi visual pada masa hadapan.
Affiliation:
- Sekolah Rendah Woodgrove , Singapore
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 304 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|