Unsur psikologi Maslow dalam novel terpilih
Nurhamizah Hashim1, Eizah Mat Hussain2, Nur Yuhanis Mohd Nasir3.
Bagi golongan remaja terutamanya, aspek keperluan keselamatan ini amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian mereka. Namun, terdapat ibu bapa yang masih tidak memahami keperluan yang diperlukan oleh remaja dan anak-anak mereka. Golongan remaja ini inginkan ibu bapa atau penjaga yang sefahaman dan sentiasa memberikan sokongan dari semua segi. Kertas kerja ini membincangkan dua novel untuk remaja; Merdekakan Cinta Ratna (2003) karya Sri Rahayu Mohd Yusop dan Beraraklah Awan Pilu (2006) karya Abd. Latip Talib dalam aspek keperluan keselamatan. Aspek keperluan keselamatan merupakan salah satu peringkat yang terdapat dalam Teori Hierarki Keperluan Manusia (Abraham H. Maslow). Aspek keperluan keselamatan terbahagi kepada keselamatan fizikal, keselamatan emosi dan kestabilan ekonomi. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek keperluan keselamatan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam karya mereka. Hasil kajian mendapati watak-watak dalam novel cuba memenuhi, mengelak dan menghindari ancaman dari keperluan keselamatan fizikal, emosi dan kestabilan ekonomi dengan cara menghadapi masalah yang dilalui.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 287 time(s))