Hubung kait di antara pelukis dan penjenamaan
Mohamad Hafiz Yahaya1.
Penjenamaan merupakan suatu proses yang digunakan dalam mempromosi atau memperkenalkan sesuatu perkara kepada pengguna atau pemerhati. Dalam konteks hubungkait di antara pelukis dan karyanya, proses penjenamaan sememangnya telah berlaku samada seseorang pelukis itu sedar mahupun tidak. Penjenamaan bermula dengan pembinaan identiti, kemudian memantapkan atau memperkuatkan identiti tersebut dan akhirnya disebarkan melalui pelbagai medium yang paling logik.
Proses yang sama sebenarnya dilalui oleh setiap pelukis, iaitu bermula dengan pembinaan identiti yang tersendiri terhadap karyanya dan seterusnya memantapkan identiti tersebut dengan pendekatan pendedahan secara berterusan seh ingga akhirnya dikenali.
Setelah sesuatu karya itu dikenali, peringkat seterusnya pula bagaimana sesuatu karya yang sudah mempunyai identiti tersendiri itu dihebahkan melalui strategi yang tersusun supaya sesuatu karya tersebut diingati sepertimana yang diperkatakan dalam teori pengulangan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 270 time(s))