View Article |
Proses dan fungsi pengimbuhan awalan kata kerja terbitan bahasa Kadazandusun: fokus, masa, aspek, ragam (FMAR)
Rozita Buyoh1, Wong, Jane Kon Ling2, Veronica Petrus Atin3.
Bahasa Kadazandusun mula diajarkan di sekolah seawal tahun 1988 di bawah polisi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda pelajar [Pupils’s Own Language (POL)]. Seterusnya, pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun sebagai satu mata pelajaran bahasa tambahan di beberapa buah sekolah rendah terpilih di Sabah dengan mengangkat dialek Bunduliwan sebagai dialek asas pemiawaian dan pembakuan bahasa Kadazandusun. Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa aglutinatif banyak menggunakan pengimbuhan dan penggandaan untuk menerbitkan kata baharu dari kata akar dan kata dasar. Proses pengimbuhan dalam kata kerja bahasa ini mempamerkan pola pengimbuhan yang rumit dan kompleks. Setiap bentuk imbuhan mempunyai fungsi gramatikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun aspek ini belum dikaji dengan terperinci. Oleh itu, kajian ini berdasarkan kepada persoalan bagaimanakah proses pengimbuhan berfungsi untuk menandakan fokus, masa, aspek dan ragam dalam kata kerja terbitan? Kajian ini dilakukan secara kaedah lapangan melalui rakaman temu bual dengan penutur natif Dialek Bundu (DB) dan Dialek Liwan (DL) di daerah Ranau, Tambunan dan Keningau serta membuat analisis dokumen ke atas empat buah teks cerita rakyat DB dan DL. Data transkripsi rakaman dan teks cerita rakyat dianalisis untuk melihat bentuk dan paradigma pengimbuhan yang terdapat dalam kata kerja terbitan dialek yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa DB dan DL membentuk kebanyakan kata terbitannya melalui proses penggabungan morfem kata akar, kata dasar dan kata kerja ganda dengan morfem imbuhan sama ada secara awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Setiap bentuk dan proses pengimbuhan tersebut mempunyai fungsi tersendiri yang menandakan fokus, masa, aspek dan ragam dalam kata kerja yang diterbitkan. Proses tersebut juga mengakibatkan perubahan kategori bagi sesetengah golongan kata dasar yang diterbitkan. Kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan proses pembentukan dan fungsi pengimbuhan dalam kata kerja terbitan bahasa Kadazandusun.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 315 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|