Faktor campur kod dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak
Corella Stephen1, Chemaline Osup2, Siti Saniah Abu Bakar3.
Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki faktor dominan yang mendorong situasi campur kod masyarakat Iban di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dan data kajian diperoleh melalui teknik rakaman spontan dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada individu dan kelompok masyarakat Iban yang berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Melayu. Situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban didorong oleh faktor-faktor dominan yang diwakili oleh akronim ‘KOMUNIKASI’, iaitu kecekapan berbahasa, orang, minat, ungkapan yang panjang, niat, implikasi pembelajaran, kefahaman mesej, amalan, situasi dan istilah. Kesimpulannya, situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban masih dalam keadaan yang terkawal. Implikasi kajian menunjukkan situasi campur kod dalam komunikasi masyarakat Iban ini mampu membawa perkembangan yang positif kepada bahasanya jika dilakukan dengan tujuan yang positif.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 284 time(s))