View Article |
Pemahaman informal murid Tahun Lima tentang perkadaran
Fazura Mohd Noor1, Sharifah Norul Akmar Syed Zamri2, Leong Kwan Eu3.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi informal penyelesaian murid sekolah rendah berkaitan masalah perkadaran. Kajian kualitatif ini melibatkan
murid Tahun Lima yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data kajian yang telah dikumpulkan melalui teknik temu bual klinikal dapat memaparkan
strategi informal dan justifikasi murid secara mendalam bagi setiap aktiviti yang ditunjukkan. Artikel ini hanya membentangkan analisis ke atas respons murid
terhadap dua tugas berkaitan masalah perkadaran Data menunjukkan bahawa murid menggunakan pelbagai strategi informal untuk menyelesaikan masalah
perkadaran. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid yang belum pernah mempelajari topik kadaran secara formal boleh mempamerkan elemen penaakulan
perkadaran, seperti unitizing, pemetakan, dan kuantiti dan perubahan. Dapatan kajian ini dapat membekalkan informasi kepada guru matematik bahawa setiap
murid mempunyai strategi informal menyelesaikan masalah perkadaran yang berbeza berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Maka guru perlu
mempelbagaikan aktiviti yang dapat menggalakkan murid berfikir secara perkadaran.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 264 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|