View Article |
Menelusuri daya tahan wanita Islam generasi awal bagi mencapai keunggulan melalui analisis wacana hadis Nabawi
Ariza Abdullah1, Mohd Azidan Abdul Jabar2, Nik Farhan Mustapha3, Pabiyah Toklubok@Hajimaming4.
Wanita merupakan tenaga penggerak utama masyarakat di sisi kaum lelaki. Jati diri wanita amat tinggi, beliau mampu melahirkan anak generasi
kesinambungan mereka kuat menghadapi segala dugaan. Sekiranya mereka lemah, maka lemah dan mundurlah masyarakat. Umat Islam,tidak kira sebagai
kaum majoriti atau minoriti di mana sahaja mereka berada sepatutnya bangkit menggungguli dalam banyak perkara sebagaimana generasi awal Islam
mereka telah melahirkan tamadun yang maju sehingga berabad. Penulisan mengenai generasi awal ini banyak disebut dalam buku-buku sirah dan sejarah
seperti tulisan Mohammad Rashid Ridha mengenai isteri Nabi berbentuk autobiografi dan terjemahan, melebihi ribuan judul berbentuk kisah naratif. Kajian
ini menelusuri semula proses simulasi sosial yang berlaku pada zaman itu, menerusi analisis kandungan dan analisis wacana teks hadis nabawi sebagaimana
yang dicadangkan oleh para penganalisis sosial bahasa,. Maklumat tersirat di dalam teks hadis di sebalik peristiwa yang berlaku ke atas mereka sendiri dan
para sahabat sezaman berjaya menggarap kecemerlangan dan daya tahan wanita tersebut.. Metodologi kajian ini berdasarkan analisis kandungan hadis dan
analisis wacana dari dimensi intertekstualiti amalan wacana Fairclough (2003, 1992, 1989).Teks hadis nabawi yang terpilih dianalisis dan dikaitkan dengan
praktis sosial di samping dihubungjalin untuk merumuskan asas yang patut diteladani oleh wanita kini, terutamanya para muslimah.Ini kerana pembangunan
modal insan dan pembinaan jatidiri wanita menjadi tonggak yang penting dalam pembangunan negara.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 304 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|