View Article |
Analisis perbandingan di antara industri, pensyarah dan graduan terhadap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran employability yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik di Kolej Komuniti
Zaliza Hanapi1, Arasinah Kamis2.
Keperluan kemahiran teknikal dan kemahiran employability yang mantap dalam kalangan graduan merupakan satu kriteria yang penting untuk
membolehkan mereka mendapat tempat di pasaran pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam
perbandingan persepsi terhadap kepentingan elemen-elemen kemahiran teknikal dan kemahiran employability yang perlu dikuasai oleh graduan bidang
elektrik di antara industri, pensyarah Kolej Komuniti dan graduan bidang elektrik di Kolej Komuniti. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 103 majikan di
industri, 197 pensyarah kolej Komuniti dalam bidang elektrik dan 162 graduan kursus elektrik di Kolej Komuniti. Melalui analisis Ujian-Anova yang
dijalankan, kajian menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang signifikan bagi persepsi terhadap kepentingan ke semua elemen-elemen kemahiran
teknikal iaitu kemahiran asas, kemahiran mereka bentuk, kemahiran pemasangan, kemahiran pengujian dan kemahiran penyelenggaraan yang perlu dikuasai
oleh graduan kursus elektrik di Kolej Komuniti di antara majikan di industri, graduan dan pensyarah Kolej Komuniti. Manakala dari segi persepsi terhadap
kepentingan elemen kemahiran employability, kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi terhadap kepentingan
elemen kemahiran employabiliti iaitu kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran pengurusan diri, kemahiran etika dan moral serta kemahiran
keusahawanan yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik di Kolej Komuniti di antara majikan di industri, graduan dan pensyarah Kolej Komuniti.
Namun begitu, bagi elemen kemahiran employabiliti iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran berpasukan dan
bekerjasama serta kemahiran kepimpinan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kepentingan elemen kemahiran
tersebut di antara majikan di industri, graduan dan pensyarah di Kolej Komuniti. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK)
perlulah sentiasa berhubung dan menjalinkan kerjasama dengan industri agar membolehkan pelbagai pengkongsian ilmu diperolehi bagi memudahkan pihak
JPKK dapat mengenal pasti keperluan kemahiran-kemahiran serta teknologi terkini di industri dan ini boleh diterapkan dalam kalangan graduan Kolej
Komuniti melalui penambahbaikan kurikulum yang sedia.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 292 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|