View Article |
Kepentingan peristiwa pencetus dalam transformasi perspektif bekas penagih dadah
Normala Abu Hassan1, Mohd Azhar Abd. Hamid2.
Kertas kerja ini memerihalkan analisis awal fenomena transformasi perspektif seorang bekas penagih dadah. Dadah masih merupakan masalah nombor
satu di Malaysia. Bilangan penagih dadah setiap tahun makin meningkat tanpa ada pengurangan. Kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit setiap
tahun untuk rawatan pemulihan penagih dadah. Masalah dadah merupakan masalah sejagat yang perlu dibendung dari akar umbinya. Kajian lepas mengenai
transformasi perspektif bekas penagih dadah kurang diberi perhatian berbanding di negara Barat. Oleh itu, kajian ini akan meneroka proses pembelajaran
yang berlaku terhadap bekas penagih dadah dengan tujuan untuk kembali kepada kehidupan yang normal. Peristiwa pencetus merupakan elemen penting
dalam pembelajaran tranformatif. Proses pembelajaran transformatif bermula daripada peristiwa pencetus. Justeru itu, kajian ini menfokuskan tentang
peranan peristiwa pencetus dalam membantu transformasi bekas penagih dadah. Melalui peristiwa pencetus ini akan berlakunya perubahan emosi, spiritual,
kognitif dan fizikal bekas penagih dadah yang menyebabkan mereka membuat keputusan untuk membuat perubahan perspektif dan sekali gus perubahan
tingkah laku. Kajian mendapati peristiwa pencetus juga mencetuskan refleksi kendiri terhadap skema makna (perspektif makna) yang lama. Melaluinya,
individu membuang skema makna yang negatif sebagai elemen penting untuk melakukan perubahan yang konsisten. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif sepenuhnya. Pemilihan responden dilakukan berdasarkan kepada persampelan bertujuan yang mana ia berdasarkan kepada kriteria yang telah
ditetapkan. Kajian kes dan fenomenalogi dipilih sebagai rekabentuk kajian dengan tujuan untuk memahami sesuatu fenomena dan kes di tempat kajian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa individu mengalami peristiwa pencetus yang bersifat integrasi dalam proses transformasi perspektif terhadap ketagihan
dadah. Kajian menyimpulkan kepentingan periswa pencetus terhadap tranformasi perspektif dalam bekas penagih dadah.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 289 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|