View Article |
Indeks Jisim Badan (BMI) dan hubungannya dengan persepsi imej serta kepuasan berat badan dalam kalangan remaja
Mai Shihah Abdullah1, Wan Nur Syahida Wan Kamaruddin2.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi imej badan, kepuasan berat badan dan hubungannya dengan pola Indeks Jisim Badan (BMI) remaja. Instrumen
yang digunakan ialah soal selidik persepsi imej badan dan kepuasan berat badan serta pengukuran BMI yang dijalankan dalam kalangan 1,200 orang remaja.
Hasil kajian menunjukkan pola BMI 54.41% remaja berada pada kelas normal (18.5-24.9). Namun begitu, pola BMI remaja ini menunjukkan peningkatan
selari dengan pertambahan umur yang boleh menjangkau kepada berat badan yang berlebihan dan obes. Kajian ini turut mendapati tahap ketepatan persepsi
imej badan dan kelas BMI sebenar yang tinggi dengan nilai r=0.777, p<.01. Hubungan kepuasan berat badan terhadap kelas BMI yang rendah (r=0.373).
Kesimpulannya, pola BMI remaja dan ketepatan persepsi imej yang memuaskan tetapi tahap kepuasan berat badan berada pada tahap yang rendah mengarah
kepada kecenderungan remaja untuk mensasarkan berat badan yang kurang daripada sela normal mengikut piawai WHO/UNICEF (1998). Namun begitu,
pemantauan yang berterusan diperlukan untuk mengelakkan populasi remaja daripada masalah pengurusan berat badan seperti obesiti dan kurang berat badan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 380 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|