View Article |
Keberkesanan permainan persuasif grafik terhadap perubahan sikap pemilihan makanan sihat dalam kalangan murid-murid tahun dua
Norlia Mat Esa1, Ramlah Mailok2, Maizatul Hayati Mohamad Yatim3.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan permainan persuasif grafik berbanding dengan permainan tanpa persuasif grafik terhadap perubahan
sikap pemilihan makanan sihat dalam kalangan murid-murid tahun dua. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca bagi kumpulan
tidak seimbang. Sampel kajian ini adalah seramai 62 orang murid yang terdiri daripada 32 murid kumpulan rawatan dan 30 murid kumpulan kawalan.
Penganalisisan data dengan kaedah analisis kovarian (ANCOVA) menunjukkan bahawa min terlaras (79.90) bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi dan
signifikan secara statistik (F(1,57) = 16.63, p < .001) berbanding dengan min terlaras (73.70) kumpulan kawalan. Perbezaan min terlaras ini, yang memihak
kepada kumpulan permainan persuasif, adalah juga signifikan secara pendidikan (educationally significant) berdasarkan pengiraan kesan saiz (effect size)
bernilai 0.83 yang bersamaan dengan empat per lima sisihan piawai.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 295 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|