View Article |
Analisis pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
Noraini Ibrahim1, Ani Omar2.
Kajian “Analisis Pemikiran Pengarang dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib” bertujuan untuk mengkaji pemikiran
pengarang dalan karya beliau tentang peristiwa yang dialami daripada diri pengarang sendiri mahupun melalui pengalaman individu lain yang diadaptasi
dalam novel ini. Kajian ini menggunakan teori tempatan iaitu Teori Sistem Bersepadu 4K atau Teori SPB4K janaan Mohd Yusof Hasan. Teori ini
berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran iaitu Pemikiran Kerohanian, Pemikiran Kebitaraan, Pemikiran Kesaintifikan dan Pemikiran Kekreatifan.
Objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pemikiran pengarang novel ini dan menganalisis pemikiran pengarang ini menggunakan teori SPB4K.
Dapatan kajian mendapati, keempat-empat aspek pemikiran ini terkandung dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang digarap secara terperinci dan
sehingga kini masih belum terdapat mana-mana pengkaji yang membuat kajian ilmiah terhadap novel ini. Hal ini kerana novel terbitan 2014 ini merupakan
novel terbaharu untuk kajian pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi zone 2 di Malaysia. Pengkajian ini juga diharapkan dapat menarik minat penulis untuk
menghasilkan lebih banyak karya sastera yang bermutu dan dapat dijadikan sebagai teks KOMSAS wajid di sekolah-sekolah Malaysia. Di samping itu,
karya sastera ini diharapkan berjaya mengangkat martabat wira bangsa agar menjadi suri teladan kepada masyarakat pembaca.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 361 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|