View Article |
Pemodelan kesediaan masyarakat beranjak kepada pengangkutan aktif
Muhamad Razuhanafi Mat Yazid1, Muhamad Nazri Borhan2, Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub3, Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub4, Sharinatol Akmanida Jamaludin5.
Pengangkutan aktif adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Hari ini, sistem pengangkutan di
bandar-bandar Malaysia sering dikaitkan dengan imej buruk seperti kesesakan, kemalangan dan ketidakcekapan pengangkutan awam sebagai alternatif. Selain
itu kesan pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan menjejaskan aspek kualiti kehidupan secara umumnya.
Kajian ini bertujuan meramalkan pembolehubah yang mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor beranjak kepada mod penggunaan pengangkutan aktif
untuk perjalanan jarak dekat. Kajian ini melibatkan pengumpulan data secara kaji selidik ke atas 400 orang responden di lima mukim di sekitar Kota Bharu
iaitu dalam jarak perjalanan 12 km dari pusat bandar. Hasil kajian awal mendapati 100% responden dan isirumah mereka menggunakan kenderaan bermotor
untuk aktiviti harian, manakala 52% responden bersetuju untuk bertukar kepada kenderaan tidak bermotor dan 48% tidak bersetuju untuk bertukar. Hasil
kajian mendapati faktor yang amat mempengaruhi keinginan menggunakan pengangkutan aktif adalah tahap pendidikan dan jenis pekerjaan. Model regresi
logistik menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan dan pekerjaan seseorang semakin kurang kecenderungan pengguna untuk menggunakan pengangkutan
aktif. Dapatan kajian ini diharap membantu pihak-pihak terlibat dalam perancangan pengangkutan ke arah merealisasikan penggunaan pengangkutan aktif di
bandar-bandar.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 308 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|