Pemodelan guru cemerlang KPM menggunakan perlombongan data
Nik Haslinda Abdul Halim1, Abdul Razak Hamdan2, Zulaiha Ali Othman3, Hamidah Jantan4.
Guru merupakan panggilan kepada seorang pendidik yang mengajar di sekolah. Kecemerlangan seseorang pelajar biasanya berkait rapat dengan kecemerlangan guru yang mengajar. Kewujudan guru cemerlang amat diperlukan di semua sekolah dan masalah yang biasa dihadapi oleh pihak pentadbiran sekolah ialah menjadikan seseorang guru itu guru yang cemerlang. Oleh itu tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan model guru cemerlang yang terbaik menggunakan dua algoritma dalam teknik pepohon keputusan. Algoritma yang digunakan ialah C4.5 (J48) dan Hutan Rawak (RF). Kajian ini menggunakan data guru cemerlang di sekolah. Atribut yang digunakan merupakan 4 faktor dengan 26 kriteria pemilihan guru cemerlang sebagai input serta 1 output. Set data diambil daripada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPL KPM) yang ditadbir oleh Sektor Latihan ICT, BPG. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Model 2 algoritma J48 memperolehi keputusan yang lebih baik iaitu ketepatan sebanyak 98.86% dengan min kuasa dua ralat (RMSE) hanya 0.1061 berbanding dengan algoritma Hutan Rawak (RF).
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 279 time(s))