View Article |
Kajian moden agama di Barat: Satu tinjauan historiografi
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali1, Jaffary Awang2, Muhammad Yamin Azrai Cheng3.
Historiografi atau pensejarahan adalah penting untuk menggariskan beberapa alamat dan isyarat perubahan tentang sesuatu kronologi. Dalam penelitian historiografi ilmu kajian agama (religious study) di Barat, kelahiran kajian moden agama adalah natijah daripada sebuah proses yang rumit dalam perkembangan (evolution) sebuah disiplin ilmu. Kajian moden agama ini memaparkan satu corak kajian agama yang nyata bertentangan dengan corakcorak dalam era sebelumnya. Melalui kaedah analisis teks dan kajian perbandingan kepada beberapa teks terpilih berkenaan ilmu kajian agama di Barat, artikel ini telah mengesan ciri khusus kajian moden agama. Pembentangan historiografi ini dilakukan melalui tinjauan kepada lima fasa utama perkembangan sejarah masyarakat Barat iaitu zaman purba (antiquity), era pertengahan (medieval period), era reformasi (reformation), zaman pencerahan (enlightenment period) dan zaman moden (modern period). Ciri utama kajian moden agama ini adalah bergantung secara mutlak kepada akal rasional dalam memahami kajian agama. Ciri ini perlu ditimbang dengan teliti oleh para pengkaji agama dalam kalangan Muslim untuk mengelakkan daripada terhegemoni dengan corak yang didasarkan oleh bagasi sejarah (historical baggage) masyarakat Barat. Perbezaan faham dan penghayatan ilmu kajian agama yang telah dilalui oleh masyarakat Barat adalah unik untuk mereka. Ciri khusus ini tidak keseluruhannya wajar diteladani dan diikuti oleh inteligensia Muslim dalam ilmu kajian agama kerana wahyu mengajarkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 258 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|