View Article |
Pelaksanaan tugasan dialog tentang Islam menerusi Facebook dalam kursus “Teknologi Maklumat Dakwah”
Muhamad Faisal Ashaari1, Azimah Misrom2, Rosmawati Mohamad Rasit3.
Dalam dunia tanpa sempadan, terdapat pihak yang sengaja memberikan keraguan terhadap Islam dan menyerang Islam secara emosional menerusi media baharu. UKM menawarkan suatu kursus yang dinamakan dengan “Teknologi Maklumat Dakwah” yang menumpukan kepada kedudukan Islam di alam maya. Salah satu tugasannya ialah membincangkan keraguan yang ditimbulkan oleh kumpulan murtad dan Syiah. Pelajar diminta untuk berdialog dengan kedua kumpulan berkenaan menerusi Facebook termasuklah meneliti, memahami, menilai, berbincang dan menjawab keraguan yang ditimbulkan. Dialog merupakan salah satu metode dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh melepasi sekurang-kurangnya tahap ketiga Bloom Taxonomy. Artikel ini membincangkan kemampuan pelajar dalam menjalani dialog dengan dua kumpulan berkenaan. Mereka terdiri dari 50 orang yang mengikuti kursus ini pada semester 1, 2013/14. Kajian mendapati bahawa tugasan ini benar-benar mencabar kemampuan dan pengetahuan pelajar kerana dialog memerlukan kepada tahap penguasaan ilmu yang tinggi. Oleh itu, sungguhpun mereka sudah mencuba yang terbaik, tetapi ramai dari kalangan mereka yang merasakan belum dapat meyakinkan rakan dialognya dengan hujah-hujahnya. Ini bermakna, kemampuan ilmu sahaja tidak cukup dalam berhujah, tetapi ia juga memerlukan kepada kemahiran analisis, kritis dan rasional. Kajian ini mencadangkan beberapa pengajar dilantik bagi membimbing pelajar mengasah kemahiran berkenaan ketika dialog.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 258 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|