View Article |
Mangsa buli dan kesan buli
Amin Al Haadi Shafie1, Azad Athahiri Anuar2, Norsayyidatina Che Rozudi3, Musa Mohamad4, Wan Ahmad Zakry B. Wan Kamaruddin5.
Artikel ini memfokuskan konsep buli, kesan buli kepada mangsa buli pada jangka masa panjang dan pendek. Buli merupakan satu tingkah laku dominasi yang dilakukan berulang kali secara psikologi atau fizikal daripada seorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang yang kurang kuasa. Mangsa buli selalunya mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan mereka mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak membuli mereka. Selalunya mangsa merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai harga diri
yang rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari. Tingkah laku buli memberi impak kepada mangsa buli dari segi fizikal, emosi dan mental atau psikologikal dalam jangka masa pendek dan panjang. Kesan jangka pendek seperti sedih, tertekan, tidak berdaya, berasa sendirian dan malu. Kesan jangka masa panjang pula ialah tahap kesihatan mental yang bercelaru, kemurungan dan gangguan emosi yang berpanjangan sehingga dewasa. Para kaunselor perlu memandang berat permasalahan buli dan sentiasa mencari kaedah yang perlu dan sesuai dalam menghadapi masalah buli. Hal ini demikian kerana tingkah laku buli memberi kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 1306 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|